Sekarang telah tiba musim anak ayam kampung dan ayam kacuk di ladang kami menetas. Lebih kurang seratus ekor telah berjaya ditetaskan oleh ibu2 yang amat produktif. Di ladang kami, kami hanya menggunakan teknik tetasan ibu ayam itu sendiri untuk mengeram telur2nya. Alhamdulillah selama kini teknik itu nampaknya berjaya menetaskan beratus2 ekor ayam dalam suatu2 masa. Cuma kadang2 kami mengalami masalah drpd musuh seperti biawak dan kera yang sering mencuri telur2 ayam kami. Oleh itu, kadang2 kami hilang bepuluh2 biji telur apabila dserang oleh mereka menyebabkan racun puradan diguna bagi menghapuskan bilangan biawak yang banyak. Tapi nak buat macam mana , cara ini perlu dikekalkan diladang kami yang kecil ini memandangkan ketiadaan incubator bagi menetaskan telur2 tersebut. harap selepas ini kami dapat mencari dan membeli sebuah incubator bagi mengatasi masalah apabila musim bertelur tiba selepas ini.
|
reban ddik pertama dengan bilangan anak ayam sebanyak +-40 dan ibu yang menjaganya. |
|
Kami juga menggunakan sistem ibu tumpanagan dimana anak ayam daripada 2 atau tiga induk digabungkan menjadi satu dalam reban yang sama dan hanya dijaga oleh seekor induk ayam sahaja. Setakat ni, cara ni nampak berjaya serta dapat mengurangkan kematian dalam kalangan anak ayam yang baru menetas. |
|
Reban pertama ini merupakan gabunagn antara 3 induk utama yang masing2 menghasilkan anak 12-15 ekor seibu.
tahap kehidupan anak nya amat memuaskan dimana hanya seekor sahaja yang mati dari semua 40 ekor yang ada. |
|
Reban kedua dengan jumlah anak 23 ekor hasil daripada 2 ekor induk ayam yangmenetas serentak. |
|
Ibu di reban kedua ini amat penyayang akan anak2nya. setakat ni tiada kematian yang di catatkan dari ibu ini. |
|
Ibu direban kedua ini agak garang kerana anak ayam yang baru dimasukkan kedalam reban in akan menemui ajal dengan sekelip mata. Oleh tu, 3 drpd 11 ekor yang baru di masukkan telah mati dan dikeluarkan semula oleh saya ke reban sekup. |
|
Reban ketiga dengan jumlah anak 35 ekor hasl dari 3 ekor ibu. |
|
Ibu di reban didik ketiga ini agak penakut dengan org dan tidak garang, tetapi anaknya djaga dengan baik sekali. |
Ada anak ayam yang lain yang tidak aku sertakan gambarnya dalam post ni sebab malas nak tangkap. Lagipon anak2 ayam yang lagi sekor ibu 2 besepah-sepah sebab guna reban serkap dimana hanya ibu ayng dikurung mananakala anak2nya bebas berkeliaran keluar dan masuk kepada ibunya.
TQ. Hope semua enjoy...............
No comments:
Post a Comment