Ikan spesis dolly juga baru mula diternak di lada kami. Pada bulan yang lalu, banyak anak dolly yang menjadi, tapi malangnya anak2 tersebut tidak hidup lama akibat di makan ikan puyu yang tidak sengaja di lepaskan oleh atuk saya di kolam hadapan rumah. selepas kejadian itu, saya telah mengalih ikan2 tersebut bersama ikan guppy seperti dalam gambar. Hope selepas ini mereka akan terus membiak untuk menggembirakan hati tuannya ini. hehehe....................
Penternakan pelbagai spesis unggas seperti angsa, ayam belanda, ayam mutiara, dan lain-lain.
Sunday, 3 June 2012
Ikan Guppy
Di Zealous Farm, kami turut membela ikan guppy yang comel2 dan cantik2 belaka. Ikan ini pada mulanya di bela kerana kami tertarik dengan coraknya yang cantik dan menambat jiwa ketika melihatnya. Bela hanya sekadar suka2 telah membuatkan ikan guppy ini membiak dan terus bertambah sehingga kami terpaksa melepaskan mereka ke dalam temetung sebagai tempat baru sesuai dengan bilangannya yang kian meningkat. hanya spesis yang yang biasa dan 2 spesis yang mahal sahaja di ternak iaitu tiger lace dan yellow tiger king. tapi semenjak akhir2 ini air dalam tempat pembiakan semakin hijau akibat makanan ayng berlebihan diberi oleh datuk saya yang juga berkecimpung dalam bidang ternakan di Zealous Farm ini. Berikut adalah gambar ikan guppy di ladang kami:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment