Wednesday 23 May 2012

Musuh Utama Di Zealous Farm




Semalam adalah hari yang agak menggembirakan di mana musuh yang sekian lama menjadi raja di ladang kami akhirnya berjaya di tangkap ketika sedang menikmati jalak yang sedang tidur.banyak dah haiwan ternakan kami yang menjadi mangsa ular sawa ini. mana taknye. dulu aym kami banyak, tapi makin lama makin kurang. puas cari punca sebab apa. rupa-rupanya si ular yang menjadi raja di reban ayam kami. ayam yang besar2 pula yang dipilihnya tu.  yang baka kecil atau yang belum matang ditinggalkannya untuk kita, yang nak djadikan baka habis dibahamnya. walaupun dah tangkap seekor ular n, saya amat terperanjat dan terkejut kerana ada lagi seekor yang datang pagi tadi dan meragut lebih kurang tiga ekor ayam saya. entah mana datangnya, banyak pula kali ini. musim mengawan dye kowt. tapi yang pagi tadi tak dapat di tangkap kerana tak sempat. sedang mencari parang, tengok2 dye dah lari meninggalkan ayam yang digulungnya tadi. laju sungguh ular tersebut menghilang. habis ayam kami yang cantik2, tapi nak buat camne, dah takde rezki untuk kami. mungkin ini adalah ujian yang diberikan oleh Allah kepada kami untuk menguji tahap kesabaran kami. walaubagaimanapun, perjuangan harus diteruskan. doakan kami berjaya menumpaskan musuh tersebut pada kemudian hari Insyaallah. doakan juga agar usaha kami diberkati dan unggas di ladang kami membiak dengan cepat.

No comments:

Post a Comment